Phone: 6089951611

KM 36 Apas Balung, Peti Surat 61372
91032 Tawau Sabah

http://sabah.uitm.edu.my/

About Universiti Teknologi MARA Sabah (Tawau)

UiTM Kampus Tawau mula beroperasi pada Disember 1996 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak pada 10 Jun 1997. Bersempena majlis perasmian tersebut UiTM Kampus Tawau diisytiharkan sebagai Kampus Kota dari segi perlaksanaan operasinya. Sehingga kini UiTM Kampus Tawau merupakan “Feeder Campus” untuk kursus-kursus diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia khususnya UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Pada awal penubuhannya sehingga penghujung tahun 1996, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di Bangunan MAA, Jalan Bunga Raya, Tawau. Pada tahun 1997 UiTM Kampus Tawau telah berpindah dan beroperasi di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru Tawau.

Kampus tetap terletak di Batu 26, Jalan Apas, Balung, Tawau. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan ketika itu) iaitu pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pembinaan Kampus Tawau di Balung hanya dimulakan pada Mac 2009 dan telah siap pada Oktober 2011. Semenjak itu, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di kampus tetapnya seperti di alamat berikut:-

KM 36 Apas Balung
Peti Surat 61372
91032 Tawau
Sabah
Tel No: 089-951611
Fax No: 089-951644